Probiotik Bacillus spp
Fungsinya menghalang dominasi bakteria merbahaya dan mengawal kualiti air. Menjadikan ternakan udang mebesar lebih baik dan kurang risiko penyakit
Kursus ini dirangka khas untuk melatih penternak teknik menternak udang putih menggunakan air laut / air masin buatan. Teknik ini membolehkan ternakan udang dilakukan di tempat terhad dan di mana sahaja walaupun jauh dari kawasan laut. Program ini sesuai untuk peserta yang ingin menternak udang putih di kawasan berdekatan sumber air laut atau di kawasan tiada sumber air laut.
Kebanyakan pengusaha akuakultur mahu optimumkan ruang yang ada untuk dapatkan hasil ternakan yang tinggi. Penternak mahu kurangkan jumlah & kos tukaran air tanpa jejaskan kualiti air terutamanya apabila sumber air terhad. Penternak juga mahu ternakan tidak terjejas dengan serangan penyakit walaupun diternak pada kepadatan tinggi.
Belajar teknik menternak udang putih gunakan teknik air masin ori atau buatan
Gunakan sistem & teknik istimewa untuk ternakan akuakultur berkepadatan tinggi pada ruang yang terhad
Pelajari teknik mengawal kualiti air dan menghalang kenaikan ammonia, nitrit dan hidrogen sulfida untuk ternakan udang.
Semua alumni program layak menikmati servis makmal bagi analisis kualiti air ternakan udang
Fungsinya menghalang dominasi bakteria merbahaya dan mengawal kualiti air. Menjadikan ternakan udang mebesar lebih baik dan kurang risiko penyakit


Next2U, Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang Selangor